Pages

Wednesday, March 18, 2026

Menu Ramadan 25 - 28

Rasanya puasa tahun ni terasa cepat betul berlalu, Ramadan akan meninggalkan kita.

Mungkin ini sharing terakhir menu Ramadan😌

25 Ramadan

Sahur
  • Kentang goreng
  • Telur rebus

Tuesday, March 17, 2026

Munjung Nasi Ambeng

Hari Jumaat nenek bagitau nak munjung pada hari Ahad (munjung : menghantar makanan kepada jiran, saudara mara @ orang yang lebih tua menjelang hari raya) . Kena buat juga sebab dah takde hari cuti lain sebelum raya. Mana anak-anak yang free kena balik rewang. Ummi dari Tapah pun sampai juga malam Jumaat tu, jadi dapatlah berbuka sekali.

Tahun ni nenek munjung Nasi Ambeng. 

Start rewang jam 9 pagi tapi ibu minta excuse  lewat sikit sebab selsema.
Adehhh.. selsema yang asyik mengalir.. dah lah hachummm hachumm je. Rasanya sebab dah 2 malam tidur lewat. Jumaat malam tu kemas ruang tamu yang berhabuk lepas tukar tiles. 

Cik Elis, ummi, Cik Baya dan Cik Man lah tukang masaknya. Adik beradik lain sediakan bahan-bahan memasak. Selesai masak jam 3 pm. 

Tumis kobis+kacang buncis+carrot+capsicum+kentang

Sunday, March 15, 2026

Menu Ramadan 21 - 24

Nampak gaya makin ketandusan idea dah nak masak sahur. Abang Imi kata pagi taknak makan nasi sebab tak rasa lapar. Nampaknya ayah sorang je lah makan nasi.

21 Ramadan

Sahur
  • Kentang goreng
  • Telur rebus
  • Kari ikan (leftover)
Sepanjang sahur ni memang hampir setiap hari ada kentang goreng. Inilah yang Kawi dan ibu makan sebab malas nak makan nasi.

Saturday, March 14, 2026

Selesai Buah Kelapa Yang Gugur

Ni lah kerja ibu pagi tadi.. dok mengumpul buah kelapa yang gugur dari 4 batang pokok. Ada lagi yang kat tepi parit.. malas nak melangkah². Selain kutip kelapa, tarik daun kering yang gugur dan bakar.

Friday, March 13, 2026

Bila Anak² Buah Ikut Terawih Sekali

Ini gambar² minggu pertama dan kedua.

Kancil duduk sebelah ibu masa terawih. Habis terawih, ibu ajak beli air.. saje lah.. takde benda nak buat kat rumah. Dah upah air, ibu ajak Kancil tidur rumah.

Nama Kancil ni special sebab arwah atuk yang bagi nama. Nama betul Nazirah Darwisyah. Masa kecik punyalah ligat dan talkative, tu yang atuk bagi nama Kancil. Tapi...  ciwek juga😆

Terima Kasih Dato' MB Selangor

Malam tadi Abang Imi hulurkan 2 kotak.

Katanya sumbangan Aidil Fitri dari MB Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari.

Semua staff dapat.

Juga sumbangan dari YB Tuan Mohd Kamri Kamaruddin, Adun Bukit Antarabangsa.

Ada kuih raya dan juga kurma.

Nampak macam cornflakes, biskut mazola dan popiah.

Kuih raya tu kena tunggu raya ke baru boleh makan😅
 

Thursday, March 12, 2026

Sayonara Hamada-san

Our Operational Advisor since 2018
Japanese kan.. umur 80s pun masih kuat bekerja. 
Jenis tak duduk diam. Agaknya berapa ribu step lah setiap hari ulang alik ke production floor.
 
Juga farewell untuk Mr Lee, Purchasing & Procurement Manager.

Makan-makan/buka puasa di Kelab Golf Subang.

Wishing you both a happy, relaxing, and fulfilling retirement. You will truly be missed.
Take care and all the best!